» » Malaysia, Australia akan meterai perjanjian baru cari MH370


Pihak Australia menghantar perjanjian baru kepada Putrajaya berhubung panduan kritikal pencarian pesawat hilang Malaysia Airlines (MAS) MH370, lapor CNN hari ini.

Perjanjian baru itu dipinda daripada perjanjian sebelumnya yang menyatakan peranan Australia dalam mengetuai kerja mencari pesawat Boeing 777-200ER berkenaan.

Antara pindaan dalam perjanjian itu adalah apa yang akan berlaku jika pesawat itu dijumpai.

Menurut laporan itu, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan, Martin Dolan berkata cadangan itu mengandungi tiga perkara:

- Kawal selia serpihan: kerangka pemilikan serpihan, termasuk lokasi spesifik di mana serpihan diambil dan protokol menjaga dan memeriksa.

Baki mangsa yang tinggal: cadangan berhubung soalan sensitif bagaimana mangsa yang belum dijumpai di selatan Lautan Hindi akan dicari dan diusahakan.

- Meluaskan kawasan pencarian: dokumen membincangkan kaedah terbaik menggunakan sumber termasuk aset baru kerja mencari dasar laut jika misi bersiri yang dilakukan Bluefin-21 gagal menemui sebarang perakam data atau serpihan.

"Kerajaan Australia kini menimbangkan cadangan Malaysia dan akan menjawab secepat mungkin.

"Kami berharap perkara ini akan dapat diselesaikan dalam minggu depan," katanya kepada CNN.

Enggan mengulas lanjut, beliau berkata perjanjian itu adalah sulit.

Dolan berkata, perjanjian awal yang dimeterai dua negara itu adalah mengenai petanda dalam pencarian, penemuan dan jangka masa siasatan yang memerlukan Canberra berunding dengan Putrajaya sebelum mengambil apa-apa keputusan.

Kerangka baru memberikan lebih butiran berhubung keputusan baru dan sedia ada.

"Komunikasi di semua peringkat berlaku di antara perdana menteri dan ke bawah, termasuk (di antara saya) dan rakan sejawat dari Malaysia," katanya yang menyebut China juga terlibat dalam perjanjian itu.

Menurut CNN, Dolan menjangkakan hasil data analisis yang dilakukan oleh sekumpulan pakar dari Kuala Lumpur akan siap beberapa minggu lagi, dan setakat ini kawasan pencarian beralih sebanyak dua kali dan berkemungkinan akan berlaku peralihan lagi.

Tiga penyiasat biro keselamatan adalah sebahagian pasukan Malaysia yang sejak April mengkaji data daripada operator satelit Britain, Inmarsat dan butiran mengenai prestasi pesawat bagi menentukan lokasi di mana pesawat yang membawa 239 penumpang itu terjunam ke dalam air, kata CNN.

"Mereka duduk bersama yang lain keliling meja besar, di hadapan komputer mengadakan perbincangan bersama ketua pasukan," katanya.

Pihak berkuasa Malaysia dan Australia, termasuk perdana menteri Tony Abbott berkata kerja pencarian dasar laut hari berikutnya oleh Bluefin-21 yang memasuki hari ke-10 hari ini akan menjadi kritikal selepas ia dijangka memasuki kawasan berkemungkinan merangkumi 10km radius sekitar signal akustik kedua yang dikesan 13 minit pada 5 April oleh kapal Australia, Ocean Shield.

Penyiasat Australia percaya isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat itu.

Dolan berkata mencari perakam data penerbangan masih menjadi keutamaan agensinya bagi mengetahui apa yang berlaku kepada pesawat itu.

"Malah penting bagi keluarga penumpang yang kehilangan orang tersayang mendapat maklumat mengenai apa yang berlaku," katanya.

Di bawah Konvensyen Chicago yang mengaturkan pelancongan udara antarabangsa, penyiasatan MH370 adalah tanggungjawab Malaysia.

Bagaimanapun, awal bulan ini, Australia menerima jemputan Malaysia untuk mengetuai kerja mencari pesawat dan menyertai penyiasatan sebagai wakil yang dibenarkan.

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .