Mahkamah meminta peguam Anwar memfailkan notis usul yang sepatutnya berhubung perkara itu.
Pengerusi biro undang-undang PKR Latheefa Koya berkata firma Karpal telahpun mengutus surat yang menggariskan alasan untuk memohon lanjutan masa – iaitu kematian Karpal dan perkabungan oleh anak mendiang, Ramkarpal, yang juga peguambela dalam kes tersebut.
"Bagaimanapun, mereka menolak surat ini dan meminta kami memfailkan notis usul yang sesuai mengenainya. Walaupun dengan notis usul, tiada jaminan bahawa mereka akan membenarkan lanjutan masa,” katanya.
Tambahnya, perkembangan itu menunjukkan mahkamah “sangat tidak bertimbang rasa” dan “tidak simpati dan memahami tragedi kematian Karpal”.
Pada kebiasaannya, satu petisyen untuk rayuan patut difailkan dalam masa 10 hari selepas meneima penghakiman bertulis oleh hakim.
Sumber M-K
No comments: