SETELAH sekian lama berdiam diri mengenai kematian adik tirinya, Nancy Motes, pelakon Julis Robert akhirnya membuka mulut berhubung perkara itu.
Dalam satu temu ramah dengan majalah WSJ, Julia memberitahu perkara tersebut merupakan kejadian yang sangat berat untuk dia dan keluarga.
Dia turut menitiskan air mata ketika menceritakan peritiwa itu.
"Kejadian itu sangat menyedihkan dan tiada satu kata yang dapat menjelaskan apa yang kami alami selama hari ini," katanya.
Nancy Motes meninggal dunia pada 10 Februari lalu dan mayat ditemui di kediamannya di Los Angeles kerana pengambilan dadah berlebihan.
"Kita tidak mahu perkara buruk berlaku kepada sesiapa sekali pun, lebih-lebih lagi dalam keluarga sendiri," katanya.
Bagaimanapun, dikhabarkan hubungan antara aktres ini dengan adik tirinya tidak begitu baik.
Malah pelakon ini turut dikatakan menjadi punca adik tirinya membunuh diri.
Sumber M-S
No comments: