» »Unlabelled » Dua isyarat baru, M'sia agak lebih yakin

"Marilah kita sama-sama berdoa," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan Twitternya sebagai respons kepada mesej mengenai usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang.

Beliau membalas tweet yang dihantar pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin menghantar tweet: "Melalui Angus Houston JACC (Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Bersama Agensi) memaklumkan kepada kami tentang dua isyarat baru pagi ini. Kami agak lebih yakin".

Kedua-dua isyarat itu dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield pada pukul 4.27 petang dan 10.17 malam, dan pakar-pakar mengesahkan bahawa isyarat getaran itu ialah dari sebuah alat buatan manusia, seperti sebuah kotak hitam, dan bukannya bunyi semula jadi dari laut.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada isyarat-isyarat itu datang dari kotak hitam pesawat MAS MH370 yang hilang.

Isnin lepas, Ocean Shield mengesan dua isyarat selepas mengesan satu pada Ahad, sementara sebuah kapal China, Haixun 01, mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac ketika di atas Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam. Ia dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Misi mencari melibatkan pelbagai negara digerakkan, yang pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian diketahui bahawa pesawat itu telah melencong dari laluannya di sepanjang dua koridor - koridor utara meliputi dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Berdasarkan sejenis analisis data yang tidak pernah digunakan, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) UK merumuskan bahawa MH370 telah terbang sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu, bahawa laluan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Sementara itu, misi mencari pesawat MH370 memasuki hari ke-33 hari ini dengan 11 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 14 kapal dikerah ke kawasan meliputi 75,423 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Usaha itu kini menjadi misi mengejar masa memandangkan hayat bateri kotak hitam itu hanya boleh bertahan dalam tempoh 30 hari dan paling lama beberapa hari lagi selepas itu sebelum penghantaran isyarat berhenti sepenuhnya.

Semalam, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata pusat kawasan pencarian itu kira-kira 2,261km di barat laut Perth.

Menurut JACC usaha mencari di dasar laut diteruskan dengan ADV Ocean Shield di hujung sebelah utara kawasan carian dan kapal China Haixun 01 dan HMS Echo di sebelah selatan.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke bahagian barat Semenanjung Malaysia termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.

Pencarian dibahagikan kepada dua koridor iaitu koridor utara meliputi
sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

Sumber M-K

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .