» »Unlabelled » Deepa failkan 20 laporan 'deraan' bekas suami

S Deepa boleh mendapat Perintah Perlindungan Sementara (IPO) yang sah bawah Akta Keganasan Rumah Tangga terhadap bekas suaminya Azwan Abdullah, kata NGO Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) hari ini.

Menurut pertubuhan itu, kerani yang berusia 30 tahun itu memfailkan 20 laporan polis berhubung dakwaan penderaan yang dia alami sewaktu bersama bekas suaminya.

WOA mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata polis tidak akan bertindak terhadap laporan Deepa bahawa Izwan mengambil anak lelaki mereka.

Ketua polis negara itu berkata ini kerana keputusan Mahkamah Tinggi Seremban membenarkan penjagaan dua orang anaknya, manakala Mahkamah Syariah pula sebaliknya membenarkan bapa berbuat demikian.

Mengulas cadangan Khalid bahawa pihak terlibat perlu menyelesaikan perkara itu, WAO berkata:

"Adakah bekas suami Deepa memberi peluang berbincang mengenai perkara ini sebelum menukar agama anak mereka kepada Islam? Beliau tidak buat demikian."

Sumber M-K

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .