» » Anwar selar KM S'wak halang pemimpin PKR


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras mengutuk tindakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menggunakan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Imigresen atas alasan melindungi hak negeri Sarawak dengan menghalang pemimpin PKR memasuki Sarawak.

"Hak negeri maksudnya tanah hak adat pribumi (NCR), pengagihan kekayaan dan harta kepada rakyat dari seluruh komuniti dan hak kepada komunititi yang termiskin.

"Tetapi dia (Adenan) gunakan alasan ini untuk melindungi pemilik syarikat balak dan pemimpin politik yang korup jadi dia halang pemimpin PKR ini ke Sarawak, sebab dia takut pemimpin pembangkang ini akan beritahu hal ini kepada rakyat Sarawak," kata beliau di hadapan kira-kira 1,000 hadirin di Bazar Sungai Maong, Kuching semalam.

"Apa jenayah yang (Pengarah strategi PKR dan MP Pandan) Rafizi Ramli, (MP Batu) Tian Chua dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution dah buat hingga mereka layak dihalang dari masuk ke Sarawak," tanya Anwar.

Anwar berkata, selepas Adenan mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Taib Mahmud, beliau sudah pun menyuarakan supaya pemimpin itu dapat menghapuskan amalam korupsi serta memastikan golongan miskin dibantu tidak kira latar belakang dan kaum.

Bagaimanapun, tambah Anwar, beliau melihat sehingga kini tiada tanda atau kenyataan yang memperlihatkan polisi Sarawak berubah ke arah yang positif.

"Tetapi dalam masa beberapa minggu selepas menjadi ketua menteri, Adenan mula menghalang orang masuk ke Sarawak. Ini bukan tanda yang baik.

"Dia (Adenan) turut buat satu kenyataan tidak baik kepada saya dan kata jika saya tak jaga tingkah laku, dia akan halang saya dari masuk ke Sarawak," kata beliau.

Sumber M-K

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .