Dalam kenyataan bersama 21 NGO hari ini, mereka berkata, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan Malaysia sebuah negara sekular dan ia ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 1998.
“Kami gesa pemimpin PAS lebih sensitif terhadap pandangan dan hak masyarakat bukan Islam di negara ini,” kata mereka.
Kumpulan-kumpulan itu juga berkata, rang undang-undang itu mampu memberikan kesan terhadap kontrak sosial dan demokrasi berperlembagaan di negara ini.
Justeru, mereka menggesa PAS menarik balik cadangan membentangkan rang undang-undang itu dan menghormati suasana pelbagai budaya dan kepercayaan di Malaysia.
Kenyataannya antaranya dikeluarkan oleh dewan perhimpunan Cina beberapa negeri, persatuan guru-guru dan alumni serta persatuan Buddha dan Dong Zong.
Sementara itu, mengulas perkembangan berkaitan, Setiausaha akhbar menteri besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan persoalan hak bukan Islam yang mana akan terjejas jika hukum itu dilaksanakan.
Beliau yang juga ketua Pemuda PAS Kelantan berkata pelaksanaan undang-undang syariah itu hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja dan bukan Islam tidak perlu risau mengenainya.
"Cadangan saya, jika kita bertemu dan berbincang untuk menyelesaikan isu ini. Saya berkeyakinan bahawa kita mampu menyelesaikan masalah ini sebaik-baiknya," kata exco Pemuda PAS dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.
Sumber M-K
No comments: