Bercakap selepas bertemu dengan anggota polis di Kajang hari ini Zahid menasihatkan ahli parlimen Gelang Patah itu supaya "jangan bermimpi di siang hari."
"Saya fikir ni, sidang akhbar ini dibuat pada waktu siang, jadi janganlah ada orang yang bermimpi waktu siang (hari)," katanya yang juga naib presiden Umno.
Dalam surat terbukanya semalam, Lim menyeru pengundi Kajang memberikan undi kepada Wan Azizah sebagai tanda keyakinan dengan keupayaan beliau menjadi perdana menteri wanita pertama negara.
"Di sini saya ingin menyampaikan seruan ketiga kepada para pengundi Kajang – bersatulah memberikan undi kepada Wan Azizah dalam pilihan raya kecil Ahad ini bagi pihak 30 juta rakyat Malaysia sebagai tanda keyakinan terhadap keupayaan beliau untuk menjadi perdana menteri pertama Malaysia.
"Jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-14 dengan memenangi majoriti kerusi Parlimen di Malaysia, negara ini akan mungkin akan mendapat Perdana Menteri wanita yang pertama, khususnya jika Anwar Ibrahim hilang kelayakan untuk bertanding merebut kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang akibat helah politik dan perundangan Umno/BN," kata Lim.
Sumber M-K
No comments: