» »Unlabelled » Satelit Thailand kesan 300 objek


Satelit Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi berkemungkinan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kira-kira 200 kilometer daripada barat daya tempat operasi misi mencari dan menyelamat, lapor The Nation.

Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.

Menurut akhbar Thailand itu, imej satelit diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum diberikan kepada pihak Malaysia.

Pengarah Eksekutif Agensi Geo Informasi dan Pembangunan Teknologi Angkasa lepas Anond Snidvongs, berkata, satelit Thaicote mengesan beberapa objek dengan kepanjangan lebih dua meter.

Thaichote merupakan satelit memantau sumber asli.

Setakat ini, objek satelit menemui sekitar 122 objek berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

Carian secara fizikal menggunakan kapal laut dan pesawat bagaimanapun masih belum membuahkan hasil terhadap penemuan satelit tersebut.

Malaysia membuat kesimpulan penerbangan pesawat Malaysia Airlines dengan 239 penumpang termasuk anak kapal itu tamat di selatan Lautan Hindi.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia akan menghantar pasukan ke Perth, Australia bagi membantu misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370.

Hishammuddin dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur petang tadi berkata, pasukan berkenaan terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, dan juga MAS.

"Pasukan ini akan bekerjasama denga Pusat Koordinasi Penyelamat Australia bagi membantu operasi pencarian," katanya dalam kenyataan itu.

Hishammuddin berkata, perkembangan terkini operasi di selatan Lautan Hindi kini meliputi kawasan seluas 16,298 batu nautika di sektor barat dan 6,506 batu nautika di sektor timur.

Beliau berkata, sembilan pesawat bergerak ke lokasi carian dengan lima di timur sektor, manakala baki empat pesawat lagi di sektor barat.

Pesawat yang melakukan operasi mencari di sektor timur adalah dua pesawat awam Australia, dan masing-masing sebuah pesawat Ilyushin IL-76 milik China, pesawat awam New Zealand, dan Gulfstream milik Jepun.

Sementara misi pencarian di udara di kawasan sektor timur dilakukan oleh masing-masing dua pesawat P-3 Orion dan pesawat awam Australia.

Enam kapal laut turut terlibat dalam misi carian dengan satu di sektor timur dan lima lagi di sektor barat.

Kapal laut China Xue Long melakukan misi carian di sektor timur, manakala empat kapal laut China, Kunlunshan, Haikou, Qiandaohui, Zhonghaishaohua berada di sektor barat bersama-sama dengan HMAS Success milik Australia.

Sebuah lagi kapal laut China, Hai Xun dijangka akan tiba di lokasi mencari dan menyelamat malam ini.

"Cuaca buruk di lokasi pencarian memaksa misi pencarian ditamatkan sekitar jam 11.40 pagi," kata Hishammuddin .

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .