» »Unlabelled » Perubahan diprogram 'sebelum' ucapan Fariq


HARI 12 PENCARIAN MH370 Penerbangan MH370 hilang tidak lama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada awal pagi 8 Mac, dengan 12 kru dan 227 penumpang, dalam perjalanan ke Beijing.

Persoalan di mana ia berada sekarang terus menjadi misteri ketika 26 negara bergabung tenaga untuk mengesannya, yang dipercayai sama ada berada di koridor utara, antara Kazakhstan dan Turkmenistan, dan koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga selatan Lautan India.

Perubahan tempat carian itu dibuat selepas pihak berkuasa memutuskan pesawat sengaja membuat berpatah balik dan menukar haluannya penerbangannya.

Berikut adalah maklumat terkini dan liputan terkini dari pelbagai sumber dan agensi berita, ketika kita memasuki hari ke-12 operasi mencari pesawat tersebut:

10.35 pagi: Perubahan haluan MH370 ke arah Barat telah diprogramkan dalam pesawat itu sekurang-kurangnya 12 minit sebelum pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid mengucapkan selamat malam kepada pengawal trafik udara Malaysia pada jam 1.19 pagi hari ia hilang, lapor CNN.

Laporan itu memetik seorang pegawai penguatkuasa undang-undang yang tidak dinamakan yang dikatakan memberi taklimat mengenai siasatan yang sedang dijalankan, dan perubahan haluan penerbangan itu 'hampir pasti' dilakukan oleh seseorang dalam kokpit pesawat.

Bagaimanapun, penganalisis rangkaian berita itu tidak bersetuju sama ada haluan baru itu telah diprogramkan lebih awal sebagai satu pelan penerbangan alternatif untuk kecemasan, atau sesuatu yang lebih berniat jahat.

Setakat ini, siasatan ke atas Fariq (kanan ) dan juruterbang kapten Zaharie Ahmad Shah belum menimbulkan apa-apa yang mencurigakan, tetapi terdapat banyak spekulasi bahawa sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka bertanggungjawab atas kehilangan MH370 itu.

9.40 pagi: CNN melaporkan Pusat Operasi Keselamatan Penerbangan Israel memberi "amaran yang kuat" kerana mengesyaki MH370 mungkin dirampas.

Ia melaporkan semalam bahawa negara itu mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dan telah meningkat pemantauan ke atas pesawat-pesawat lain, disebabkan kemungkinan ancaman "jet penumpang" digunakan untuk terhempas di negara itu.

Sumber M-K

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .