» »Unlabelled » Ombak ganas, laut dalam jadi cabaran


Seorang pengkaji ilmu lautan menjangka usaha mencari dan menyelamat di kawasan yang dikesan pihak berkuasa Australia mungkin menemui kesukaran.

Profesor Chari Pattiaratchi dari University of Southern Australia berkata, kawasan berkenaan dikenali dengan keadaan laut bergelora dan kedalamannya mencecah lima kilometer.

Menurutnya, kawasan yang dekat dengan kawasan badai Roaring Forties itu menjadi tumpuan apabila PM Australia mengumumkan satelitnya mengesan objek disyaki serpihan dari pesawat MH370.

Roaring Forties itu merujuk badai yang melanda di kedudukan 40 darjah ke selatan.

“Anda mungkin menemui serpihan di permukaan tetapi keseluruhan besar pesawat mungkin di dasar laut.

“Usaha mengeluarkan sesuatu dari kedalaman lima kilometer di kawasan laut paling ganas di dunia akan berdepan keadaan ekstrem,” katanya seperti dipetik dalam laporan Sydney Morning Herald.

Pengkaji University of Western Australia itu menjangkakan menjangkakan serpihan berkenaan mungkin dibawa arus selaju satu knot atau satu kilometer sejam dari barat ke timur.

Kawasan itu pula tidak mempunyai sebarang daratan, yang menyumbang kepada ombak kuat yang menggunung, katanya.

"Jika ia berterusan, ia akan pergi ke selatan Perth atau selatan Australia," katanya.

Sementara itu, laporan CBCNews pula melaporkan kenyataan ketua projek mencari dan menyelamat AD, David Gallo yang menyatakan keyakinan ke atas penemuan yang diumumkan PM Australia.

Beliau berkata, pakar lautan memberitahunya bahawa terdapat kawasan di lautan itu yang merekodkan keadaan cuaca baik sejak beberapa hari lalu.

Oleh yang demikian, serpihan pesawat, sekiranya benar-benar dari MH370, mungkin berada dalam kelompok sama.

Sumber M-K

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .