» » Najib jumpa waris MH370 pagi ini


Waris dan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kini ditempatkan di Everly Hotel, Putrajaya dan akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke satu lokasi yang masih belum dimaklumkan, 9 pagi ini.

Menurut seorang waris penumpang yang enggan dikenali, mereka juga dimaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menemui semua keluarga selepas subuh.

Pihak pengurusan Malaysia Airlines bersama Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Angkatan Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia dijadual mengadakan sidang media di sebuah hotel di KLIA pagi ini berhubung perkembangan terkini mengenai pesawat yang dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam.

Sementara itu, tinjauan Bernama di KLIA awal pagi ini mendapati keadaan di lapangan terbang itu kembali tenang dan beberapa wartawan tempatan dan luar negara masih menunggu untuk mendapatkan maklumat terkini.

Semalam, MAS melaporkan pesawatnya, MH370 hilang daripada radar, kira-kira dua jam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi menuju ke Beijing, China.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi semalam.

Rujukan berita

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .