» »Unlabelled » MH370: Keluarga penumpang dibawa ke Australia


Malaysia Airlines akan menghantar keluarga penumpang pesawat MH370 ke Australia sekiranya terdapat serpihan fizikal pesawat ditemui di lokasi carian, kata Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS turut berkata mereka menghargai bantuan yang diberikan Australia dalam misi mencari pesawat berkenaan yang kini meliputi kawasan di selatan Lautan Hindi.

"Malaysia Airlines akan mengaturkan untuk membawa keluarga penumpang ke Perth, jika serpihan fizikal ditemui," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Ahmad Jauhari juga menegaskan orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi kerana ia akan memberikan kesan terhadap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.

"Setiap hari tekanan mereka akan meningkat, dengan khabar angin dan juga laporan yang tidak tepat," katanya.

MAS juga katanya akan terus memberikan bantuan kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .