Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata kenyataan Wan Junaidi kurang tepat dan tidak sesuai apabila menyatakan 80 peratus kes rogol melibatkan orang Melayu kerana bukan Melayu kurang melaporkan kes tersebut.
Wan Junaidi bagaimana pun tetap bebas memberikan pandangannya dan parti itu tidak menuntut beliau memohon maaf di atas kenyataannya, kata Ong kepada pemberita sewaktu ditemui di Parlimen.
Terdahulu MP Kuching dari DAP Chong Chieng Jen mendesak Wan Junaidi menarik semula kenyataannya yang dianggap menghina dan meminta maaf kepada semua bukan Melayu.
"Kita semua dewasa, kita ini MP. Kami rasakan mungkin Wan Junaidi ada pandangannya sendiri.
"Setahu saya, kita tak boleh minta orang tarik balik kenyataannya" kata Ong.
Sumber M-K
No comments: