» »Unlabelled » MAS tugaskan 112 bantu waris di Beijing


Malaysia Airlines (MAS) setakat ini menugaskan sepasukan 112 petugas sokongan di Beijing, China untuk membantu anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

Dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, MAS menyatakan sebaik sahaja berita mengenai insiden itu diketahui, sebanyak 94 petugas sokongan termasuk pegawai kanan pengurusan MAS dihantar ke Beijing serta merta.

Beberapa hari kemudiannya, tambahan 18 lagi petugas sokongan dihantar ke negara itu, menurut MAS.

Menurut kenyataan itu, MAS juga menerima bantuan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), yang menugaskan dua pegawai mereka untuk menyertai pasukan di Beijing.

"Ini untuk menjawab soalan dan memberikan maklumat mengenai misi mencari dan menyelamat yang diselaraskan oleh DCA," menurutnya.

"Peranan utama petugas sokongan adalah memberikan sokongan emosi kepada anggota keluarga berkenaan dan memastikan keperluan asas mereka dipenuhi untuk memastikan mereka dapat mengharungi masa sukar ini dengan lebih selesa".

Menurut kenyataan itu, MAS turut memberikan bantuan kewangan kepada semua anggota keluarga penumpang dan anak kapal dan bantuan lain yang diperlukan mereka.

"Semua urusan perjalanan, penginapan, makanan dan bantuan perubatan turut ditanggung oleh syarikat penerbangan," kata MAS.

MAS akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan menghargai sebarang bantuan diterima daripada semua agensi tempatan dan antarabangsa dalam tempoh kritikal ini, menurutnya.

Memberi jaminan bahawa keutamaan syarikat penerbangan adalah menghulurkan bantuan kepada keluarga penumpang dan anak kapal, MAS menegaskan ia akan kekal telus dalam memberikan maklumat berkaitan MH370 kepada orang ramai.

Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sumber berita

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .