Empat penumpang MH370 mungkin mempunyai kaitan dengan pasport curi atau palsu, kata pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Kesemua empat nama ada dengan saya dan saya sudah serahkan kepada unit risikan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di sebuah Hotel Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang – tempat operasi pengurusan krisis dijalankan.
Sumber berita
No comments: