Ketua Polis Kemaman, Supritendan Che Suza Che Hitam mendakwa mendengar letupan kuat dari arah Laut China Selatan pada pagi ketika pesawat MH370 dilaporkan hilang dari radar.
Menurut Che Suza, beliau mendengar letupan seperti dentuman bom itu kira-kira jam 8 pagi ketika berada dalam perjalan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, lapor Berita Harian.
"Selepas dikejutkan dengan dentuman kuat itu, saya memeriksa arah bunyi kerana curiga perkara buruk berlaku.
"Bagaimanapun, selepas memeriksa berdekatan pantai, saya tidak temui sesuatu yang mencurigakan, "katanya.
Bagi mendapatkan kepastian Che Suza menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat namun gagal mengesan punca letupan tersebut..
Menutu laporan itu, Che Suza berkata beliau turut mendapatkan maklumat daripada syarikat perlombongan kuari berhubung letupan tersebut.
Namun, syarikat tersebut memaklumkan tidak melakukan aktiviti letupan pada pagi itu.
"Sehingga sekarang saya tertanya-tanya mengenai bunyi yang saya dengar," katanya.
Sumber berita
No comments: