» »Unlabelled » Bos AirAsia puji Hisham kendali krisis MH370


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata kehilangan pesawat MH370 merupakan sesuatu yang "tidak pernah berlaku sebelum ini", dan memuji pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam mengendalikan taklimat harian kepada pihak media.

Dalam tweetnya, Tony berkata beliau telah melihat banyak perkara dalam industri penerbangan selama 12 tahun pembabitannya dan menyifatka kehilangan MH370 itu sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Tony juga memuji usaha berterusan Hishammuddin dalam mengendalikan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu sejak 8 Mac lalu.

Menurutnya lagi, selepas membuat beberapa kenyataan yang tidak jelas, Hishammuddin telah dapat mengawal keadaan dan telus.

"Satu suara. Telus, Jelas dan Jujur," tulis Tony dalam twitter keduanya.

Antara yang tweet semula tweet Tony itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sumber M-K

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .