Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mempertahankan langkah Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang MH370 menggunakan pangkalan data Interpol mengenai pasport yang hilang.
Ketika ditanya pemberita mengenai mengapa dua penyamar berjaya menaiki penerbangan itu walaupun pasport mereka palsu, Hishamuddin (kanan) menjawab:
"Adakah anda tahu berapa banyak pasport hilang dalam senarai Interpol? Saya diberitahu 40 juta."
Dua individu berkenaan menggunakan identiti warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christian Kozel yang dikatakan mempunyai wajah 'berciri Asia' ketika menaiki penerangan dari Kuala Lumpur tiga hari lalu.
Interpol dalam kenyataan mereka semalam membidas pihak berkuasa Malaysia yang tidak mengambil peduli pangkalan data badan antarabangsa itu yang menunjukkan pasport mereka telah hilang dua tahun lalu.
Sumber berita
No comments: