» »Unlabelled » ATSB telilti imej satelit antarabangsa


Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB) sedang meneliti imej-imej yang diperolehi melalui cerapan satelit antarabangsa dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif ATSB Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata sebagai agensi di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), ia diarahkan oleh kementerian untuk membantu misi pencarian pesawat itu menerusi imej satelit.

Katanya ATSB meneliti imej-imej satelit di sekitar Laut China Selatan dan Laut Andaman yang diperoleh daripada satelit Sepanyol, Korea Selatan, Nigeria, Kanada, Emiriah Arab Bersatu dan Perancis bagi mengesan pesawat itu.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program "Ruang Bicara' BernamaTV yang dikendalikan Sherkawi Jirim malam ini.

Ahmad Sabirin berkata susulan pengesanan dua objek di selatan Lautan Hindi oleh pihak berkuasa Australia hari ini, yang mungkin boleh dikaitkan dengan pencarian MH370, ATSB kini menumpukan penelitian imej-imej di kawasan itu.

Ditanya mengenai keupayaan sesebuah satelit mencerap imej, beliau berkata satelit bergantung kepada sensor optik dan sensor radar.

"Sensor optik merakam imej pada waktu siang dan imejnya berwarna, tetapi boleh dihalang oleh awan.

"Sensor radar pula boleh digunakan pada waktu siang dan malam tanpa mengira keadaan cuaca kerana kuasanya lebih tinggi," katanya.

Ahmad Sabirin juga berpendapat peluang mencari sesuatu yang hilang adalah tinggi jika pelbagai aset angkasa, udara dan laut digabungkan dalam usaha itu.

Pesawat MH370 yang membawa 239 orang berlepas ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas dan hilang sejak itu, yang kini masuk hari ke-13.

Sumber M-K

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .