» »Unlabelled » APMM beri taklimat operasi pada keluarga penumpang


Anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 malam tadi diberi taklimat kira-kira tiga jam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhubung operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu yang hilang sejak Sabtu lepas, di hotel The Everly di Putrajaya.

Pihak media yang menghidu kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Datuk Ahmad Fuzi Ab Kahar mula berkumpul di lobi hotel itu kerana tertanya-tanya kenapa taklimat diberikan hampir lewat malam bermula 11 malam, yang bukan kebiasaan sejak anggota keluarga penumpang ditempatkan di hotel itu.

Anggota keluarga yang menghadiri taklimat itu tidak bercakap kepada media selepas taklimat itu.

Selamat Omar, seorang daripada anggota keluarga penumpang MH370 yang meninggalkan majlis taklimat itu lebih awal semasa ditanya pemberita berkata, taklimat itu lebih menjurus kepada perkembangan operasi SAR.

"Benda biasalah," katanya kepada pemberita yang dilihat seolah-olah seperti sudah tidak berminat untuk menghadiri taklimat yang dianggapnya sama seperti taklimat-taklimat sebelum ini.

Ahmad Fuzi pula semasa ditanya pemberita mengenai penganjuran taklimat pada malam hari, enggan memberi kenyataan kepada media.

Beberapa pegawai yang mengiringi beliau cuba menghalang pemberita daripada mendekati Ahmad Fuzi dengan memberi alasan sidang media akan diadakan esok.

Sumber berita

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .