» » » Pengarah tidak pasti sama ada Fattah dan Neelofa sedang bercinta


Pengarah drama Michael Ang tidak mengetahui sejauh mana kebenaran gosip dua pelakonnya dalam drama bersiri terbaharu Suri Hati Mr. Pilot iaitu Fattah Amin dan Neelofa dikatakan sedang hangat bercinta.

Michael bagaimanapun tidak menafikan sepanjang mengarahkan pelakon berkenaan menerusi drama bersiri itu keserasian mereka di set penggambaran disifatkan semula jadi seperti pasangan bercinta sebenar.

"Sebagai pengarah apa yang boleh saya katakan mereka memang cukup serasi di hadapan kamera dan bukan seperti dibuat-buat.

"Pendek kata memang dapat rasa macam mereka sedang bercinta. Tetapi sama ada benar mereka bercinta diluar set seperti digosipkan itu hanya mereka yang boleh jawab," katanya .

Michael ditemui pada majlis sambutan 20 tahun stesen satelit berbayar Astro yang diadakan di Bukit Jalil di sini, Isnin.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .