» » » Zila Seeron mengaku salah berkhalwat dengan suami orang


Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron dan pasangannya, Mohd. Khairul Azizi Burhanudin masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkhalwat, bulan lalu.

Hakim Syarie, Azzeman Omar menjatuhkan hukuman tersebut dan memerintahkan mereka dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Zila atau nama penuhnya Nur Azilah Seeron, 28, dan Mohd. Khairul, 32, yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta masing-masing membayar denda berkenaan.


Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah unit apartment beralamat A-15-2 Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C Bandar Bukit Jalil, di sini antara pukul 6.55 pagi dan 7.13 pagi, 13 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu berkhalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan sehingga tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.


Pada 29 Ogos lalu, Zila telah diceraikan talak satu oleh pelakon dan pelawak terkenal Along Cham di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari daerah Petaling.

Untuk berita yang membawa ke insiden tangkap khalwat ini , sila baca :

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .