» » » Suspek eksploitasi wanita untuk dijadikan pengemis ditangkap


Lelaki disyaki mengeksploitasi wanita warga asing sebagai pengemis direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, pihaknya sudah mendapatkan perintah reman bermula semalam terhadap lelaki berusia 31 tahun berkenaan yang ditahan 12.15 tengah malam semalam.

Katanya, 12 wanita dan empat kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia 10 bulan yang diselamatkan sudah ditempatkan di rumah perlindungan.

"Siasatan lanjut mengikut Akta 12 dan 13 ATIPSOM (AntiPemerdagangan Manusia dan AntiPenyeludupan Migran) 2007 sudah dijalankan dan polis sedang menyiapkan kertas siasatan dalam tempoh yang ditetapkan.

"Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum tindakan selanjutnya diambil," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, 12 wanita warga Indonesia dan empat kanak-kanak termasuk bayi 10 bulan dipercayai jadikan pengemis diselamatkan selepas penahanan suspek hasil risikan dan pemerhatian polis di Pusat Perniagaan Greentown, di sini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .