» » » Ibu tunggal dipenjara dua tahun kerana "sokong" keganasan


Seorang janda dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan dengan perlakuan kumpulan pengganas, Mei lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Izatul Farahirah Ismail, 36, dan memerintahkan hukuman berkuatkuasa dari tarikh tangkap pada 19 Mei lalu.

Nor Izatul Farahirah, seorang penganggur, didakwa memiliki pengikat kepala berwarna hitam bertulisan jawi yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas di rumah di Desa Pandan, di sini pada 11.50 pagi 19 Mei 2016 lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan berkenaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .