» » » Dr Mahathir pernah pulangkan hadiah berupa 24 kereta mewah dan hadiah lain kerana tidak mahu terlibat dengan rasuah


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi hujah 28 perkara yang membezakan dirinya daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun mengakui bahawa sesetengah daripada tindakannya itu pernah menyebabkan kerugian kepada kerajaan, namun katanya, ia bukan disebabkan beliau melesapkan duit negara tetapi adalah kerugian perniagaan.

Mendakwa bahawa dirinya tidak memerlukan kekayaan kewangan, bekas perdana menteri itu juga mendedahkan bagaimana beliau memulangkan hadiah yang diberikan kepadanya, berikutan persaraannya, termasuk 24 kereta.

“Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.

“Saya berpendapat gaji saya sebagai menteri, timbalan perdana menteri dan perdana menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh kerajaan,” katanya dalam tulisan terbaru di blognya hari ini.

Menurut Dr Mahathir, gajinya selama 29 tahun dalam kerajaan disimpannya dan wang berkenaan digunakannya sebagai modal membuka kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau.

“Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini,” katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .