» » » Umno cawangan dilarang sama sekali lulus usul undi tak percaya Najib Razak walaupun mereka mahu berbuat demikian


Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa mesyuarat Umno cawangan kini dilarang daripada meluluskan sebarang usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, larangan itu merupakan 1 bentuk sekatan bersuara terhadap akar umbi Umno yang dibenarkan dalam parti.

"Ini yang terbaru sekali, di Kedah pun dah berlaku, di negeri lain pun saya fikir dah berlaku - daripada pengerusi perhubungan guna ketua bahagian, dah bagi arahan (agar) cawangan yang mula mesyuarat 18 Mac ini tidak dibenarkan membuat sebarang usul undi tidak percaya terhadap presiden parti.

"Sebaliknya mesti buat usul menyokong tak berbelah bahagi terhadap presiden," kata Mukhriz dalam 1 video ucapannya yang dimuat naik di blog penulis blog pro-Umno, Din Turtle, semalam.

Blog itu berkata ucapan tersebut dibuat Mukhriz ketika lawatannya ke Kota Baru, Kelantan, 7 Mac lalu.

Dalam video itu, Mukhriz berkata perkembangan terbaru itu tidak sihat buat Umno yang sekarang mengalami masalah meruncing dalam meraih sokongan rakyat.

"Inilah masalah ataupun barah yang berlaku dalam parti kita, dalam keadaan kita ini (bagai) telur di hujung tanduk.

"Kalau berubah saja 2% daripada sokongan rakyat terhadap Umno, kita akan tumbang. Dan percayalah ketua cawangan yang hadir ini, kalau kita tumbang kita akan hilang jawatan pengerusi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) kita dan kalau jadi pembangkang seperti Kelantan ini, JKKP pun akan hilang. Sebab kerajaan pusat pun akan tumbang," kata Mukhriz.

The Malaysian Insider sedang cuba menghubungi Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mendapatkan pengesahan terhadap dakwaan Mukhriz.

Najib sebelum ini berdepan dengan ujian dalam parti apabila 34 ketua cawangan yang menggelarkan diri mereka Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) mendesaknya untuk berundur, sekitar hujung tahun lalu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .