» » » Ingatkan Najib Razak supaya segera jawab segala persoalan negara terutama berkaitan rasuah dan penyelewengan yang semakin kronik


Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau ada berpesan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menjawab semua persoalan yang dibangkitkan mengenai kepimpinan negara.

Pengasas Petronas dan bekas menteri kewangan itu berkata, beliau diberitahu Najib mempunyai perancangan untuk menyelesaikan persoalan terbabit tetapi perdana menteri tidak memperincikannya.

"Saya beritahu dekat dia (Najib), kita kena buat sesuatu dan dia mesti menjawab soalan-soalan ini supaya kita dapat 'matikan' segala spekulasi dan tohmahan yang mungkin akan menjejaskan kehidupan rakyat...kerana dia kini berada di puncak pemerintahan negara.

"Najib kata dia ada cadangan untuk menyelesaikan masalah terbabit tetapi dia tak beritahu saya semua sekali," kata Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Nama Ku Li sebelum ini dilaporkan antara mereka yang disebut menandatangani Deklarasi Rakyat yang diusahakan bekas seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad – satu laporan yang dinafikannya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .