» » » 2 wartawan Australia ditahan selepas soal Najib Razak tentang skandal rasuah RM2.6 bilion dan 1MDB


Krew agensi media Australia ABC Four Corners ditahan di Malaysia semasa melaporkan “isu politik tempatan” kata syarikat itu, lapor The Sydney Morning Herald (SMH).

ABC bagaimanapun masih belum mengesahkan siapa yang ditahan tetapi dipercayai wartawan Linton Besser dan jurukamera ditahan dan dibebaskan beberapa jam selepas menghadiri sidang media di Malaysia.

“Mereka tidak didakwa dengan sebarang kesalahan,” kata jurucakap ABC seperti dilaporkan SMH.

Penerbit Eksekutif ABC Four Corners Sally Neighbour menulis di Twitter, kedua-dua wartawan itu ditahan selepas bertanya soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching semalam.

Wartawan tersebut berlepas ke Kuching pada hari sebelumnya dan mahu bertanyakan soalan kepada Najib mengenai dakwaan wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sewaktu perdana menteri mengunjungi Kampung Haji Baki.

Bagaimanapun, Najib tidak menjawab pertanyaan wartawan itu dan pasukan keselamatan kemudiannya meminta mereka beredar.

Mereka kemudiannya kembali ke hotel penginapan tetapi sepasukan anggota polis dari Kota Sentosa melakukan tangkapan tidak lama kemudian.

Kakitangan kedutaan Australia di Kuching melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes penahanan itu.

Mereka di siasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam yang melakukan urusan rasmi.

Hukuman, sekiranya didapati bersalah, ialah 2 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum berlepas ke Kuching, kedua-dua wartawan warga Australia itu membuat liputan sidang media A Santamil Selvi, balu kepada penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M M Sree Shunmugan berkata, kedua-dua wartawan yang didakwa menghalang penjawat awam sedang bertugas, dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi selepas keterangan diambil.

Kumar berkata, mereka melangkaui garis keselamatan dan agresif ketika cuba menghampiri Najib yang melawat Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa, pada kira-kira 8:35 malam.

"Kedua-dua mereka kemudiannya ditangkap kerana gagal mematuhi arahan polis untuk tidak melangkaui garisan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kedua-dua wartawan itu, yang berumur 51 dan 39 tahun, dibawa ke Balai Polis Daerah Padawan untuk disoal siasat.

Mereka tiba di Malaysia pada 5 Mac dan di Kuching pada 12 Mac untuk membuat liputan lawatan rasmi perdana menteri ke Sarawak.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .