» » » 75% jalan raya Malaysia bertaraf 3 bintang menjelang 2020


Kementerian Pengangkutan dan pemegang taruh lain, komited meningkatkan mutu 75% infrastruktur jalan raya di negara ini, untuk sekurang-kurangnya mencapai tahap 3 bintang menerusi rangkaian jalan raya berkapasiti tinggi menjelang 2020.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ia adalah selari dengan objektif Plan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 yang bertujuan mengurangkan risiko kemalangan.

"Kita memiliki banyak jalan raya berstatus 3 bintang dan ke atas kerana jalan raya di negara ini dirancang dengan baik.

"Kami yakin sasaran itu dapat dicapai kerana gembira dengan program yang dilancarkan hari ini untuk meningkatkan keselamatan jalan raya," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Tajaan antara Shell dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) di Kuala Lumpur, semalam.

Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo dan Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail mewakili syarikat minyak itu dalam majlis berkenaan, manakala Miros diwakili Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pengarah, Prof Dr Wong Shaw Voon.

Di majlis itu, Liow turut melancarkan Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa (iRAP), satu program sokongan untuk mengukuhkan amalan audit keselamatan jalan raya sedia ada serta program kawasan hitam.

Ia berperanan agar jalan raya berisiko tinggi tidak lagi digunakan di negara ini.

Berbekalkan rekod kejayaannya, program itu diguna pakai di lebih daripada 70 negara.

Sementara itu, Liow berkata Shell Malaysia mengalu-alukan usaha Miros meningkatkan mutu keselamatan jalan raya dengan menggunakan program penilaian dan yang paling penting berkongsi maklumat dengan pengguna jalan raya supaya mereka akan lebih berhati-hati.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .