» » 'Batal jemput Najib Razak rasmikan mesyuarat bahagian untuk elak perkara tak diingini'


UMNO Bahagian Semporna terpaksa membatalkan jemputan ke atas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak demi mengelak kejadian yang tidak diingini.

"Saya bukan sengaja hendak membatalkan jemputan Najib tetapi melihatkan senario penyokong di sini, saya bimbang.

"Mungkin saya boleh tegur tetapi saya tak boleh kawal perasaan mereka yang tidak kita tahu apa di dalamnya," kata Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Shafie Apdal ketika dihubungi .

Shafie yang merupakan Naib Presiden UMNO digugurkan dari jawatannya dalam Kabinet sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar minggu lepas.

Turut digugurkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga menteri lain dan seorang timbalan menteri. Penggguran tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rombakan Kabinetnya yang menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik orang nombor dua.

Mengulas lanjut, Shafie berkata, undangan untuk Najib sebagai perasmi mesyuarat dibuat sebelum dia digugurkan daripada anggota kabinet.

"Keputusan ini dibuat bagi mengelak sesuatu yang tidak dijangka selain tidak mahu mencetuskan suasana yang tidak tenteram," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Semporna, Manismuka Dara ketika dihubungi berkata, tindakan Shafie sangat bertepatan.

"Memang kami boleh nasihat penyokong Datuk Seri tetapi kalau ada yang tak mahu dengar, itu yang kami bimbangkan.

"Biarlah tak datang sekarang. Bukan bermakna kami tidak sokong Najib tetapi waktu ini tidak sesuai untuk beliau datang ke Semporna," ujarnya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .