» » 'Sila berikan bukti dalam bentuk dokumen bila menjawab soalan skandal 1MDB dan bukan hanya beri jawapan lisan'


Penjelasan secara lisan mengenai urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi pertikaian adalah "tidak berguna" jika tiada bukti berbentuk dokumen dikemukakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menambah, tanpa bukti, wang yang dipinjam syarikat itu boleh dianggap lesap.

Dalam tulisan terbaru di blognya, bekas perdana menteri itu mengkaji beberapa pelaburan yang dibuat 1MDB, seperti usaha samanya dengan PetroSaudi dan pelaburannya di Pulau Cayman yang dikatakan kini dikembalikan semula dalam bentuk "unit".

"Menteri kewangan II sekarang kata ia 'unit'. Unit apa?

"1MDB dan perdana menteri tidak menunjukkan bukti kewujudan wang dari Pulau Cayman itu. Adakah ia berada di Singapura atau AS$1 bilion itu sudah lesap?" soalnya merujuk kepada salah satu dana yang dibawa balik dari Pulau Cayman dan dimasukkan ke dalam Bank BSI di Singapura.

"Kenyataan tanpa bukti dokumen, seperti yang kita lihat, boleh dikatakan tidak berguna. Kita perlukan bukti semua pelaburan dan bayaran yang dibuat 1MDB.

"Sehingga ada bukti dokumen yang ditandatangani dan bukan hanya kenyataan oleh ketua pegawai eksekutif atau perdana menteri ditunjukkan, kita boleh anggap wang yang dipinjam 1MDB sudah hilang," katanya.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB sebelum ini menangkis dakwaan Dr Mahathir tentang isu itu, mengatakan syarikat itu hanya menanggung hutang dan bukannya kehilangan wang.

Datuk Seri Najib Razak berkata, syarikat itu mempunyai aset bernilai RM51 bilion, melebihi hutang RM42 bilion.

Hari ini Mahathir menuntut bukti, mengatakan 1MDB hanya ada bukti dokumen urusan jual beli projek janakuasa, tanah kerajaan di Kuala Lumpur dan tanah persendirian di Pulau Pinang.

Beliau juga mempersoalkan bayaran AS$1 bilion 1MDB kepada Petrosaudi untuk menyertai usaha sama dengan syarikat yang tidak dikenali itu, yang sebaliknya tidak membuat sebarang bayaran.

Dr Mahathir juga mempersoalkan bayaran tambahan AS$700 juta dibuat 1MDB kepada PetroSaudi untuk pinjaman yang diambil syarikat itu daripada PetroSaudi International.

Wang itu didakwa disalurkan kepada syarikat milik ahli perniagaan Low Taek Jho, tetapi ia dinafikan Low dan 1MDB sebelum ini.

Bekas perdana menteri itu juga mempersoalkan alasan yang berubah-ubah mengenai penebusan semula wang daripada Pulau Cayman itu apabila Najib dan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada mulanya mengatakan wang tunai di masukkan dalam bank di Singapura, tetapi kemudian mengatakan ia adalah unit.

Najib juga dikritik kerana tidak menjelaskan 1MDB kepada umum dan Parlimen, sebaliknya kepada ahli Umno secara tertutup.

Semalam, Najib yang juga presiden Umno mengadakan taklimat ringkas berkaitan isu nasional termasuk 1MDB kepada ketua bahagian dan mengatakan masalah itu akan diselesaikan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .