» » 'Nazri Aziz sangat kurang ajar kerana hina raja'


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz harus bermuhasabah dan mencerminkan diri sendiri sebelum menghina institusi raja, kata Ketua Umno Bahagian Parit Sulong Datuk Zulkurnain Kamisan , menurut Sinar Harian hari ini.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan yang disifatkannya melampau dari menteri pelancongan dan kebudayaan itu yang kemungkinan besar akan menjejaskan keharmonian rakyat.

"Saya sarankan beliau muhasabah diri, cermin diri dahulu apabila mahu buat kenyataan berkaitan institusi raja.

"Jawatan menteri bukan lesen untuk hina institusi yang sudah wujud sekian lama ini," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Zulkarnain juga turut meluahkan kekesalannya terhadap sesetengah pemimpin yang semakin berani membuat kenyataan kurang ajar.

"Saya cukup kesal dengan tindakan sesetengah pemimpin yang semakin kurang ajar hingga sanggup mengeluarkan perkataan yang begitu sekali menghina institusi raja.

"Orang luar yang tidak suka 'cara Johor' tidak perlu cerca atau hina. Mereka boleh mencari tempat lain, tetapi bukan di negeri Johor ini yang sudah cukup aman selama ini," katanya.

Pada masa yang sama, Zulkurnain juga menyarankan semua orang perlu menyanjung tinggi kedaulatan institusi istana, termasuk pemimpin di peringkat pusat.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) hormatkan istana, inikan pula menteri. Kena hormatlah juga," katanya.

Sabtu lalu, Nazri memberi amaran kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya menjauhi politik jika tidak mahu "dibelasah" apabila mengkritik Najib yang tidak muncul dalam program "Nothing To Hide" (Tiada apa untuk disembunyikan) bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Tunku Ismail pada 5 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook “Johor Southern Tigers” membidas ketidakhadiran Najib di khalayak umum bagi menjawab persoalan mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mengatakan Najib bersikap "Everything to hide" (sembunyikan segalanya).

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .