» » Emma Maembong komen isu berseluar ketat


"Biarlah peminat nak kata apa pun kerana mereka tidak kenal diri Emma yang sebenarnya.

“Lagipun Emma tak nak jadi seorang yang fake semata-mata nak ikut kata orang.”

Demikian kata Emma Maembong kepada Mangga Online apabila ditanyakan pendapatnya mengenai komen-komen peminat di Instagramnya yang menyuarakan rasa kurang senang mereka dengan penampilan aktres ini yang berseluar ketat dan dirasakan tidak sesuai dengan imej Emma yang berhijab.

“Kalau ada yang memperkatakan fasal Emma berseluar ketat, rasanya ramai lagi yang berhijab dan berseluar ketat.

“Malah, mungkin ada di antara orang yang rapat dengan mereka yang memberi komen sebegitu yang juga berhijab tetapi berseluar ketat.

“Kita tidak boleh judge orang dengan pandangan luaran sahaja,” kata Emma kepada Mangga Online ketika ditemui di majlis memperkenalkan drama lakonannya, ‘Jodoh Sebelah Pintu’ di Menara Kuala Lumpur, semalam (Rabu).

Menerusi drama arahan Michael Ang dan diterbitkan oleh Darkwave Pictures ini, Emma digandingkan dengan Kamal Adli, Lia Natalia dan Erwin Dawson.

‘Jodoh Sebelah Pintu’ dapat ditonton di HyppTV menerusi saluran HyppSensasi (116) mulai 29 Julai nanti.

Pada majlis yang sama, turut diperkenalkan sebuah lagi drama baru iaitu ‘Puteri Gunung Ledang’ lakonan Atikah Suhaimie dan Ammar Alfian.

Drama arahan Suhaimi Lua dan terbitan A. Aida Productions ini akan mula ditayangkan di HyppTV menerusi saluran HyppSensasi (116), mulai 15 Jun ini.

Beri Ruang Perbaiki Diri

Meskipun merasakan dirinya tidak perlu memberi penjelasan tentang tindak-tanduknya kepada orang ramai namun Emma tidak pula menolak bulat-bulat sebarang teguran yang diberikan kepadanya.

“Sebenarnya, Emma tak perlu nak explain apa sahaja yang Emma buat kepada orang ramai.

“Tetapi macamana pun Emma ambil teguran itu sebagai nasihat untuk kebaikan Emma kerana ada yang boleh buat Emma berfikir yang mana baik dan buruk,” ujarnya lagi.


Emma juga berharap agar peminat memberinya ruang untuk memperbaiki diri kerana dia masih baru berhijab sepenuhnya.

“Semasa Emma masuk ke bidang seni dulu, Emma masih free hair.

“Kemudiannya, barulah Emma bertudung. Jadi apabila mula berhijab, Emma melakukannya secara perlahan-lahan.

“Malah, ibu bapa Emma sendiri tidak mendesak Emma dan sebaliknya memberi galakan agar Emma berubah perlahan-lahan.

“Lagipun Emma masih baru berhijab dan Emma bertudung bukannya kerana mengikut trend,” tegasnya.

Artis Juga Ada Perasaan

Walaupun sudah beberapa kali menjadi bahan komen negatif di laman sosial media, namun Emma mengakui yang dia tidak menjadikannya satu isu besar sehingga boleh membuatkannya merasa tertekan.

“Kadang-kadang Emma sendiri tidak faham, apa yang mereka nak. Bila kita berlakon watak tidur dengan bertudung, mereka komplen. Bila berlakon buka tudung pula, mulalah jatuhkan hukum macam-macam sampai ada yang kata, kami akan masuk neraka.

“Mungkin ini adalah satu daripada taktik mereka untuk ‘perangkap’ artis untuk melayan mereka.

“Macamana pun, Emma tak pula rasa tertekan. Cuma Emma kesal kerana tindakan mereka seolah-olah artis ini tidak ada perasaan.

“Sedangkan, artis ini jugalah yang akan menghiburkan mereka,” jelas Emma.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .