» » Kempen 1Malaysia Najib Razak meniru promosi DAP "Malaysian Malaysia"


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak melaksanakan agenda "Malaysian Malaysia" yang dipromosi DAP menerusi kempen 1Malaysia dalam usaha memenangi hati pengundi Cina yang kurang menyokong Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi.

Bekas perdana menteri itu berkata, pelaksanaan agenda tersebut terzahir menerusi kemerosotan kemasukan pelajar Bumiputera ke institusi pendidikan tinggi awam.

Agenda sama juga jelas, kata Dr Mahathir, apabila kontraktor dan peniaga kecil Bumiputera tidak lagi mendapat keutamaan kerajaan.

"Tanpa perlu dihurai secara panjang lebar, beliau sebenarnya melaksanakan slogan Malaysian Malaysia pembangkang, tetapi menamakannya sebagai 1Malaysia," kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaharu di blognya.

"Malaysian Malaysia" merupakan slogan gabungan parti politik pada 1965 yang menolak kedudukan istimewa Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Gabungan tersebut dipimpin Lee Kuan Yew dari Parti Tindakan Rakyat (PPP) sewaktu Singapura masih lagi sebahagian dari Malaysia.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .