» » Mahkamah putuskan 1 Sept 2016 jika Rafizi perlu bela diri berkaitan pembongkaran dokumen skandal 1MDB


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 1 September untuk memutuskan sama Naib Presiden PKR Rafizi Ramli perlu membela diri atas tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Hakim Zulqarnain Hassan menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pagi ini dengan memanggil dua orang pegawai polis termasuk pegawai penyiasat itu.

Supt R Rajagopal merupakan saksi terakhir dipanggil oleh pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shukor Abu Bakar dan Zhafran Rahim Azfar.

Rafizi menghadapi dua pertuduhan di bawah OSA kerana mendedahkan dokumen rahsia yang kononnya dikaitkan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan 1MDB di lobi Parlimen pada 24 dan 28 Mac tahun ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .