» » Bank DBS ketatkan semakan selepas pembongkaran skandal 1MDB Najib Razak


Bank DBS akan mengetatkan semakan dan kawalan selepas terpalit dalam kes 1MDB yang kini sedang disiasat oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS).

DBS adalah antara bank yang dinamakan oleh pihak berkuasa republik itu sebagai mempunyai "kegagalan" dalam kawalan dan "kelemahan dalam proses penerimaan pelanggan dan memantau urus niaga" berkaitan dengan 1MDB.

"Banyak sudah kami ketatkan berbanding 2013, sebahagiannya kerana MAS juga mengetatkan standard dalam tempoh dua hingga tiga tahun lalu," kata Ketua Eksekutif Kumpulan DBS, Piyush Gupta.

Namun, kata Gupta, "banyak" usaha wajar dilakukan apabila bank menerima pelanggan berkenaan, tiga tahun lalu.

"Melalui pengalaman lalu, adakah akaun itu sebahagian daripada (rangkaian) kompleks? Mungkin. Mampukah kami lakukan lebih baik dalam mengesannya? Sudah tentu kami boleh," katanya yang dipetik oleh Straits Times, Singapura.

Adalah tidak jelas sama ada jika DBS, pemberi pinjaman utama Singapura, akan dikenakan denda kerana siasatan masih berjalan.

Bank-bank lain yang berdepan dengan penelitian pengawal selia berhubung 1MDB termasuk Standard Chartered, UBS, Falcon Private Bank, Switzerland dan Coutts International.

Sebelum ini, pengawal selia Singapura juga menutup bank BSI, Switzerland berhubung urusannya dengan 1MDB.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .