» » Kebangsatan politikus di Malaysia semakin bangsat



Mitos, bogeyman, dongengan
fiksyen seribu satu hayalan

Menjadi teras perjuangan
survival legasi kesialan
Parti yang menggadai keturunan
mencambah mundur kelayuan
Dari sumbang pemikiran
sebagai resipi pertahanan
Kekuatan propaganda pembohongan
demi tamak kuasa petualangan
dulu, kini selamanya kebobrokan.

Kebangsatan politikus jalang
bersongkok bersampin garang
Menghunus keris replika usang
meneriak sekuat suara jembalang
Seakan dunia mahu kiamat
kalau tersungkur parti keparat
Konon-konon bertaraf keramat
walau sudah lama khianat
Selagi pembodek dan penjilat
sedawa masih belum sarat
Terus merompak dan meliwat
sisa khazanah rakyat.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .