» »Unlabelled » 'TMJ tidak masuk campur tangan politik M'sia bila tegur Najib Razak'


Tunku Mahkota Johor menerima sokongan dari PAS dalam perseteruan terbukanya dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, apabila tindakannya bersuara dipertahankan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya menegur Datuk Seri Najib Razak dan bukan mengambil sikap berpihak kepada mana-mana parti politik.

"Saya tidak melihat Tunku Mahkota Johor itu memihak kepada mana-mana parti tetapi dia menegur kegagalan perdana menteri menjelaskan isu besar.

"Saya percaya istana juga ada tanggungjawab lindungi rakyat tetapi pada masa sama saya juga setuju apabila pihak istana jujur, mereka juga harus bersedia menerima kritikan.

"Ini barulah dikatakan raja mempunyai tanggungjawab besar melindungi negara dan rakyat.

"Raja boleh menegur pemimpin politik seperti Najib," kata Mahfuz (gambar, kiri) sewaktu berucap pada program "Malam Jasamu Dikenang" di Muar, Johor semalam.

Sementara itu, bekas naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pula "menawarkan" diri bersama Tunku Ismail.

Menurutnya, beliau sanggup bersama putera mahkota Johor itu dalam menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Ini perjuangan yang belum selesai. Sekiranya TMJ inginkan teman untuk bermain keris atau bermain pedang menghadapi musuh BN, ini dia patik dan pacal-pacal sekalian bersedia untuk merebahkan Umno-BN di Johor ini," katanya dalam ucapan pada majlis sama merujuk panggilan mesra Tunku Ismail.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .