» » Sambutan Ramadan 2015 Umie Aida sedikit pudar


Ramadan kali ini dijalankan dengan suatu kehilangan buat Datin Seri Umie Aida dan keluarga.

Ada sesuatu yang tertinggal bila rumah tangga kakaknya Erma Fatima sedang bergelora sehingga pengarah tersohor itu memfailkan perceraian.

Bila masalah tersebut melanda, rutin berkumpul Ramadan di rumah Erma tidak lagi berlaku kali ini. Itulah yang membuatkan Umie kerinduan.

“Selalunya setiap kali Ramadan, akan ada rutin yang dilakukan bersama dengan Erma dan keluarganya.

“Sudah menjadi kemestian buat kami pada puasa pertama, kami akan berkumpul di rumah ibu dan berbuka bersama.

“Selepas itu berbuka pada hari kedua dan seterusnya kami berkumpul di rumah Erma dan dia yang akan memasak.

” Sudah pasti saya akan merindui suasana itu… rindu kenangan berkumpul bersama keluarga dan saya sayangkan suasana yang hilang itu,” kata Umie lagi.

Namun sebagai adik dia memahami kehendak Erma yang mahukan ruang privasi kala melalui detik sukar itu.


Sementara itu Umie kini melibatkan diri dalam perniagaan tudung hasil kerjasama dengan pereka Jovian Mandagie.

Dia dengan kerjasama Jovian mengeluarkan jenama J Hijab by Umie Aida yang kini sedang mendapat sambutan. Dia sendiri menggayakan hijab tersebut untuk kegunaan harian.

“Ini dorongan daripada peminat yang selalu bertanya seterusnya memberi inspirasi kepada saya,” jelas Umie.

sumber




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .