» » PAC temui maklumat baharu dan akan panggil bekas CEO 1MDB untuk siasatan


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengumumkan akan memanggil seorang lagi bekas pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abdul Rahman ke sesi prosiding siasatan berkaitan syarikat kontroversi tersebut Ogos ini.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, keputusan memanggil bekas bos 1MDB sebelum beliau digantikan Arul Kanda Kandasamy ekoran penemuan maklumat baharu yang didedahkan semasa sesi prosiding melibatkan firma audit, KPMG yang diadakan hari ini.

"Kami memutuskan akan memanggil Hazem selepas kami mendapat maklumat baharu dalam prosiding hari ini," kata Nur Jazlan pada sidang media di Parlimen hari ini, selepas prosiding bersama dengan KPMG dan Kementerian Kewangan.

Nur Jazlan, bagaimanapun, tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai penemuan baharu itu, sebaliknya mengatakan Hazem akan dipanggil ke prosiding yang akan diadakan secara berasingan dengan Arul dan bekas CEO, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Hazem merupakan CEO selepas Shahrol sebelum tempatnya digantikan Arul pada Januari lalu.

Nur Jazlan berkata surat sudah dihantar kepada ketiga-tiga individu. Shahrol akan memberi keterangan pada 4 Ogos, disusuli Arul pada 5 Ogos dan Hazem pada 6 Ogos.

Hanya surat kepada Hazem belum dihantar PAC bagi menjemputnya menghadiri prosiding, kata Nur Jazlan.

Nur Jazlan berkata ketiga-tiga mereka kini tidak lagi mempunyai alasan tidak hadir ke prosiding PAC kerana surat sudah dihantar awal beberapa minggu kepada mereka.

"Mereka tidak ada lagi alasan untuk tidak hadir kerana sudah menghantar surat awal kepada mereka," katanya.

Nur Jazlan berkata dalam beberapa prosiding yang mereka jalankan dengan pihak mengaudit 1MDB, beberapa penemuan maklumat baharu diperoleh dan memberi peringatan kepada Arul dan Shahrol khasnya supaya bersedia untuk disoal lebih banyak mengenai skandal 1MDB.

"Sekarang kami mempunyai lebih banyak maklumat daripada Deloitte, KPMG.

"Saya mahu beritahu mereka supaya lebih bersedia kerana kami mempunyai lebih banyak makumat dan ia disahkan oleh pihak auditor mereka sendiri," katanya.

Ketika ini, tiga firma audit terdiri daripada Deloittte, KPMG dan Ernst & Young sedang dalam memberi keterangan dalam prosiding PAC mengenai 1MDB.

Dalam pada itu, PAC turut mengumumkan bakal memanggil dua bekas pengasas Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat sebelum ditukar menjadi 1MDB, terdiri daripada Pengerusi RHM Tan Sri Azlan Zainol dan Presiden Sime Darby Tan Sri Mohd Bakke Salleh untuk memberi keterangan dalam prosiding pada 17 Ogos depan.

PAC akan menghantar surat kepada mereka berdua dalam masa terdekat.

Sementara itu, Nur Jazlan berkata laporan interim daripada Ketua Audit Negara akan diserahkan kepada mereka pada 7 Julai ini.

Laporan tersebut akan membantu PAC untuk meneliti maklumat penting membabitkan syarikat pelaburan kontroversi itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .