» » 'Najib Razak ibarat penjenayah di Malaysia ini'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu meninggalkan warisannya sendiri dalam pentadbiran negara namun beliau ibarat seorang penjenayah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara dengan The New York Times (NYT).

Wawancara bekas perdana menteri itu dengan akhbar tersebut berkisar kritikannya terhadap dana pelaburan sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwaan gaya hidup mewah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dan persoalan menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Saya lama dalam kerajaan dan saya sudah mempelajari beberapa perkara.

"Beliau ingin meninggalkan warisannya. Tetapi apa yang beliau lakukan ibarat seorang penjenayah," katanya seperti dipetik NYT.

Dr Mahathir berkata demikian merujuk hutang 1MDB yang menjadi sasaran kritikan bertalu-talu beliau.

Hari ini, Dr Mahathir mendesak 1MDB memberikan bukti kepada jawapannya dan bukan sekadar memberikan alasan urusniaganya rahsia kerajaan.

"Semua kritikan saya dijawab 1MDB sebagai salah. Namun, tiada bukti diberikan. Jawapan mereka berkisar tentang hal-hal rahsia kerajaan," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

Bekas perdana menteri itu turut meramalkan Barisan Nasional akan kalah pilihan raya umum seterusnya jika Najib kekal berkuasa.

Beliau memetik beberapa siri tuduhan yang tidak berjawab, termasuklah kematian Altantuya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .