» » Kerajaan berjaya kaut RM4.95 bilion selepas 2 bulan GST di M'sia


Hasil yang dikutip untuk tempoh dua bulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada 1 April lalu adalah sebanyak RM4.95 bilion, kata Kementerian Kewangan.

Menurut Kementerian Kewangan jumlah itu adalah daripada kutipan GST ke atas pengimportan dan hasil tempatan.

"Jumlah keseluruhan kutipan GST dari bulan April hingga Mei 2015 adalah sebanyak RM4.95 bilion.

"Pecahan kutipan hasil dari pengimportan adalah sebanyak RM2.86 bilion, sementara kutipan GST tempatan adalah sebanyak RM2.09 bilion," kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, sebanyak 5,409 aduan berhubung GST sudah diterima Jabatan Kastam Diraja Malaysia sehingga 31 Mei lepas.

Aduan-aduan tersebut diterima melalui e-Aduan, GST HelpDesk Kastam di seluruh negara.

Aduan yang diterima berkaitan dengan pengesahan layanan GST ke atas pembekalan, kenaikan harga barang dan perkhidmatan serta isu invois tidak menepati kriteria ditetapkan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .