» » 'TUDM perlukan pesawat AEWACS tapi Najib Razak beli jet VVIP'


Mejar Zaidi Ahmad , bekas juruterbang yang berpangkat mejar , "terkejut" dengan tindakan kerajaan berbelanja bagi mendapatkan sebuah jet VVIP sedangkan wang itu boleh dibelanjakan untuk mendapat sebuah pesawat pemantau Aewacs (airborne early warning and control systems).
"Pembongkaran oleh MP Pandan YB Rafizi Ramli amat mengejut dan menyedihkan saya," kata bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad.

Beliau merujuk dakwaan Rafizi berhubung kerajaan persekutuan mendapatkan sebuah jet baru jenis Airbus ACJ320 bernilai RM465 juta sedangkan Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa pesawat itu dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam kenyataannya, Zaidi berkata negara kecil seperti Singapura telah memiliki pesawat itu sejak 1987, "sedangkan Malaysia yang beratus kali ganda lebih luas dari Singapura, sebiji Aewacs pun tiada?"



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .