» » 'Siasat urus niaga 1MDB yang mencurigakan'


Jawatankuasa Parlimen harus segera menyiasat dakwaan penyelewengan RM2.5 bilion (US$ 700 juta) dalam syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Anggota-anggota pembangkang dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat gesaan itu susulan pendedahan Sarawak Report semalam yang mendakwa mendapat salinan dokumen yang membuktikan terdapat urus niaga yang mencurigakan dalam usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International.

"Kami menyokong sebulat suara kenyataan pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed agar memanggil 1MDB dan para auditornya bagi menyiasat semua perkara berkaitan 1MDB," kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

PAC turut disertai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat: Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang), Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat), William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).

Mereka menyarankan PAC memanggil segera Shahrol Halmi, bekas ketua eksekutif 1MDB dan Arul Kanda Kandasamy, presiden 1MDB yang baru dilantik.

Mereka juga menggesa dua syarikat audit, KPMG dan Deloitte Malaysia, dipanggil untuk pendengaran PAC, selain pegawai-pegawau Kementerian Kewangan. 1MDB milik penuh kementerian berkenaan.

"Segala dokumen dan emel berkaitan perlu dibawa dalam pendengaran awam berkenaan.

"(Tindakan) ini perlu dilakukan segera sebelum semua bahan bukti dimusnahkan," kata mereka.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .