» » Orang ramai dinasihatkan rujuk bank bagi semak caj berkaitan GST


Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM) menerbitkan satu dokumen dalam laman webnya dengan menyenaraikan kesan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas 300 produk dan perkhidmatan umum oleh bank yang menganggotainya.

Senarai ini akan memberikan kejelasan dan membantu orang ramai memahami pendekatan yang diambil untuk GST.

"Memandangkan terdapat pelbagai jenis produk dan perkhidmatan perbankan komersial, lebih baik para pelanggan ini diberikan satu senarai sejelas yang boleh.

"Dengan cara itu mereka akan sedar, apa jenis produk dan perkhidmatan bank yang tertakluk di bawah GST dan yang mana tidak," kata Pengarah Eksekutif ABM, Chuah Mei Lin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan pelanggan untuk merujuk kepada bank masing-masing mengenai semakan semula bayaran yuran selepas kemasukan CBP yang mana berkenaan, bagi setiap produk dan perkhidmatan.

Ahli ABM akan menerbitkan senarai harga yang terperinci pada premis perbankan atau di laman web masing-masing.

Di samping itu, yuran dan caj yang dikenakan untuk mengimbangi kerugian atau ganti rugi dalam kes-kes di mana pelanggan gagal memenuhi keperluan tertentu atau keadaan adalah tidak tertakluk kepada GST.

Contoh caj tersebut adalah untuk caj bayaran lewat, yuran penggantian untuk kehilangan kad/buku akaun/nombor PIN dan yuran overdraf yang tidak dibenarkan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 1300-88-9980 dari Isnin hingga Jumaat atau menghantar pertanyaan mereka melalui eABMConnect di laman web ABM.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .