» » K'jaan M'sia kaji kesan GST terhadap penjawat awam bermula Julai 2015


Kerajaan akan mengkaji impak cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap penjawat awam termasuk dari segi gaji dan elaun bermula Julai ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan perlu melihat terlebih dahulu pelaksanaan GST bermula 1 April ini untuk mengetahui impaknya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kerajaan tidak pernah ketepikan kepentingan penjawat awam, jadi jika ada hasil yang bertambah penjawat awam juga akan dapat menikmatinya.

"Antaranya dari segi kenaikan gaji atau elaun, tetapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk bincangkannya," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan ke-33 Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 30% bagi menghadapi GST.

Sementara itu, Ali berkata Puspanita boleh memainkan peranan membantu kerajaan menjayakan dasar-dasar seperti GST dan menangani kos sara hidup dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah.

"Selain itu, ahli-ahli Puspanita juga boleh menjadi ejen kerajaan dengan melaporkan kepada pihak berwajib perbuatan peniaga yang mengenakan harga yang tinggi dan tidak munasabah ke atas barangan jualan mereka," katanya.

Beliau juga menghargai usaha Puspanita menjalankan beberapa program meningkatkan kesedaran pengguna, khususnya melalui taklimat GST di seluruh negara melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .