» » 'Harga barang mahal di M'sia kerana nilai ringgit jatuh'


Penyusutan nilai ringgit punca sebenar harga barang kekal tinggi walaupun harga minyak turun baru-baru ini, kata setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.

Beliau merujuk Indeks Harga Pengeluar (PPI) yang menunjukkan walaupun harga keseluruhan barangan yang dihasilkan dalam negara susut tujuh peratus, sementara harga barang import kekal sama.

Jumlah keseluruhan barangan tempatan dan import ini menjadikan harga barangan secara puratanya kekal sama, kata Rafizi.

Tambahnya, kerajaan tidak wajar menuding jari kepada peniaga tetapi sebaliknya mencari ikhtiar untuk mengurangkan harga barangan import.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu yang menyalahkan peniaga Cina yang didakwa enggan menurunkan harga.

"Indeks PPI ini membuktikan penyusutan nilai ringgit memastikan harga barangan dan perkhidmatan kekal mahal walaupun pengeluar tempatan menurunkan harga mereka," kata Rafizi.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .