Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Ratusan KPI ke transformasi
Malaysia Boleh ke 1Malaysia
Hadhari ke Wassitiyyah
apa lagi rakyat mahu?
Semuanya rekod kejayaan
Puluhan tahun pembangunan
Trilion RM tercurah
sebagai kemajuan fizikal
apa lagi rakyat mahu?
Dengar Dengar Dengar
Propaganda menjadi fakta
Ini demokrasi terpimpin
dengar sahaja cakap kerajaan
apa lagi rakyat mahu?
Puluhan tahun pembangunan
Trilion RM tercurah
sebagai kemajuan fizikal
apa lagi rakyat mahu?
Dengar Dengar Dengar
Propaganda menjadi fakta
Ini demokrasi terpimpin
dengar sahaja cakap kerajaan
apa lagi rakyat mahu?
Hutang beratus bilion itu keperluan
muflis 1MDB untuk masa depan
maka sokonglah hero percukaian
GST sebagai penyelamat negara
apa lagi rakyat mahu?
BR1M dan segala bantuan
memberi dana rakyat termiskin
yang kaya bertambah kaya
selagi tanpa hudud
apa lagi rakyat mahu?
memberi dana rakyat termiskin
yang kaya bertambah kaya
selagi tanpa hudud
apa lagi rakyat mahu?
Sayangilah pemimpin bangsatwan
biar perompak dan penyamun tegar
semua itu demi ketuanan
kesejahteraan di bawah perlembagaan
apa lagi rakyat mahu?
biar perompak dan penyamun tegar
semua itu demi ketuanan
kesejahteraan di bawah perlembagaan
apa lagi rakyat mahu?
Melawan membantah itu pengkhianat
Bayar tol dan cukai itu jihad
Bersyukurlah dengan bencana
dan kebanjiran pendatang haram
apa lagi rakyat mahu?
Bayar tol dan cukai itu jihad
Bersyukurlah dengan bencana
dan kebanjiran pendatang haram
apa lagi rakyat mahu?
No comments: