“Beliau pada mulanya dirujuk dengan isu 'penggelapan' AS700 juta oleh entiti dikawal Jho Low, Good Star, dengan mendakwa isu itu sudah disiasat oleh ketua audit negara dan polis.
"Beliau kemudian kata lebih baik untuk menunggu hasil siasatannya dulu.
“Apabila ditekan oleh anggota Parlimen PKR Sim Tze Tzin, Husni malah buat-buat pegang dan menyelak peraturan tetap parlimen sementara cuba mendapatkan panduan daripada timbalan speaker sama ada perlu menjawab atau tidak soalan itu.
“Timbalan speaker kemudian memberikan kebenaran kepada menteri itu untuk tidak menjawab soalan itu,” dakwa Tony Pua dalam kenyataannya.
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu justeru berkata Husni layak mendapat Anugerah Oscar untuk tindakan itu.
Katanya, tiada peruntukan dalam peraturan tetap melarang menteri menjawab soalan melibatkan kes sedang disiasat oleh ketua audit negara atau polis.
Pua berkata wakil pembangkang mahu pengesahan sama ada 1MDB menyalurkan AS$700 ke dalam akaun bank Good Star di Switzerland dan apa sebabnya.
Anugerah Oscar sebuah anugerah berprestij antarabangsa dalam bidang lakonan dan perfileman.
No comments: